Sunday, November 8, 2009

Yang Terbaik Bagimu

by Ada Band "Yang Terbaik Bagimu"

Mempelajari Anatomy telah menanam perasaan kagum dalam hati terhadap sistem badan manusia ciptaan Allah. Agak sukar untuk mengingat kesemua tapi InsyaAllah me mampu mengharungi ombak ilmu yang semakin lama semakin besar tanpa putus. Hakikat kejadian manusia yang tidak dinafikan lagi memberi kesedaran akan kebesaran ciptaan Allah kepada si perenungnya.

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta." (23:12-14)



Merenung sejenak peringkat dalam embryology, betapa hebatnya dari peringkat zygote hinggalah..... (penulis baru belajar embroyology sampai peringkat minggu ketiga). Pembahagian demi pembahagian yang begitu teliti dan mempunyai signifikan yang tersendiri.

"Dialah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (3:6)

Walaupun ilmu Anatomy sudah menembusi badan manusia keseluruhannya, tapi ilmu manusia hanyalah setakat itu. Penuh kelemahan. Terdedah kepada kesilapan. Sesetengahnya tidak dapat dirungkaikan oleh manusia walaupun Mr. Somayaji (lecturer Anatomy paling pro MMMC) sekalipun seperti ilmu roh.

"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja." (17:85)

Korang hanyalah seorang bayi yang kiut-miut je pun dulu....



Tapi, apakan daya, nikmat yang begitu sempurna kadang-kadang dipandang rendah. Tiada timbul perasaan bersyukur dalam hati. Berjalan dengan langkah yang begitu sombong seolah-olah merekalah pemilik dunia ini. Penyakit hati kian bertambah. Beriman bahawa Allah yang menciptakan mereka. Tapi, imannya hanya pada lafaz, tidak diamalkan pada perbuatan zahir. Lupa terhadap suatu ikrar yang dimerterai ketika di alam roh.

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini." (7:172)

Alangkah baiknya, jika manusia itu bersyukur atas kelebihan diri. Tidak lupa tanggungjawab sebagai individu yang menganut agama Islam di kala kesibukan sekalipun. Hanya berharap. Mengerti golongan yang bersyukur itu merupakan golongan yang sedikit.

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur." (16:78)

Yang baik itu datang dari Allah. Wallahua'lam.

P/s: Sepatutnya kena bagi tazkirah yang sepatutnya dibuat tiap hari Sabtu. Tapi, kelas asyik berakhir dekat lab je. Tak apalah, kalau ada kesempatan. =)


Saturday, October 24, 2009

Trouble is a Friend

by Lenka "Trouble is a Friend"

Suatu perkara yang sedang bersarang di minda me ialah adakah patut pulang ke Malaysia pada bulan Februari tahun depan. Keputusan ini perlu dibuat secepat mungkin atau akan berhadapan dengan tiket yang mampu mengurangkan ketebalan dompet dengan banyaknya. Senarai kesan keputusan yang mungkin agak kureng (biar la kat aku, lol):

Kalau balik = “boo, anak manja” + “ala, tiket murah je pun” + “wahaha, stok makanan bertambah” + “yezza, lama tak makan makanan malaysia” + “western kat india tak sedap” + "Lama tak jumpa family"

Kalau tak balik = “haha, jimat duit tak perlu beli tiket (sengkek tol)” + “ler, tak rindu family ke” + “wah, jiwa kental sih” + “down, duit abis sebulan” + “err..takkan sebulan jalan2” + "ada program ke time cuti??"

Aaaaa!!!!

adey!


P/s: Post yang separa merepek... ^_^

Monday, October 19, 2009

Speed of Sound

by Coldplay "Speed of Sound"

Sementara menungu masuknya waktu Asar dalam masa beberapa minit lagi, terfikir untuk mencurahkan idea di dalam post. Tidak perlu berbicara tentang soal-soal peringkat yang lebih tinggi jika yang asasnya pun sudah goyang. Sesetengahnya berbicara dan berdebat adakah perlu sekian-sekian perkara tersebut diamalkan dalam solat (membaca bismillah, qunut dan etc.) sedangkan pokok bicara yang lebih besar lagi iaitu 'Mereka solat ke tak?" (err...soal qada' sebab tak sengaja tertinggal, itu soal lain). Perkara inilah yang diajar sejak kecil lagi iaitu solat. Tapi, pernah sekali pergi ke suatu tempat di mana me melihat ramai saja orang yang beragama Islam tapi lebih kurang 5% saja yang solat. Tapi yang bestnya, bila cakap pasal Islam pandai la pula sebab nak membela diri sendiri.

Ada juga yang solat macam ayam patuk padi. Kalau banding laju, mat rempit pun kalah. Entah apa yang dikejarnya. Toma'ninah (berhenti sebentar dalam rukuk, sujud, etc) pun tiada sedangkan itu merupakan rukun dalam solat. Kalau budak-budak yang belum baligh boleh la nak pertimbangkan lagi. Ini...haih. Seperti badan je yang bergerak, sebutan tajwid semua entah ke mana bila dah laju sangat.

"Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar" (29:45)



Macam mana la nak menjauhkan diri dari benda-benda yang tak baik kalau solat pun adalah begitu. Ingatlah antara solat yang tak diterima Allah ialah solat yang tidak dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar. (Terbaca hadis ini di masjid. Hadis ini panjang sangat sebab menampilkan 10 jenis solat yang tak diterima).

Rasulullah (pbuh) telah bersabda:
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".
(Tabyinul Mahaarim)

Ingin fokus kepada tabiat sembahyang too fast too furious sebenarnya yang semakin berleluasa. Tapi bukan semua orang. Ada juga yang bagus solatnya. Disertai wirid, bacaan tambahan sekian2 serta memahami makna bacaan dalam solat baru la khusyuk sikit. Ok, yang baik itu datang dari Allah. Wallahua'alam. =)

(Reference: Jabatan Agama Islam Perak untuk hadis yang terakhir)

P/s: Selesaikan yang asas dahulu. Yang lain, post yang lain. (Wah, 2 post dalam satu minggu. :P )